Thursday, December 2, 2010

Artikel Fotografi

CAJ LUAR KAWASAN UNTUK JURUFOTO PERKAHWINAN

(Telah diubahsuai dari entry asal di blog FOTOTEACHER bertajuk ‘Tanya Hasnuddin – Outstation Charge‘ – 2 Oktober 2007) Saya pernah ditanya oleh seorang jurufoto perkahwinan, bagaimana hendak meletak harga untuk perkhidmatan fotografi di luar kawasan. Apakah dan berapakah kos tambahan yang perlu dikenakan?
Katakan kita tinggal di Kuala Lumpur dan majlis perkahwinan diadakan di Kuala Terengganu. Berapa lamakah masa yang kita perlu ambil untuk sampai ke destinasi kita? Mungkin sekitar 6 jam. Pergi balik akan mengambil masa selama 12 jam. Jika 12 jam masa perjalanan itu digunakan untuk membuat suntingan foto misalnya, kita sudah boleh menyiapkan sebuah album! Jadi, kita perlu kenakan caj untuk masa yang digunakan dalam perjalanan pergi dan balik untuk tugasan luar kawasan.


Artikel Fotografi

TIPS MERAKAM FOTO MAJLIS RASMI

Untuk mendapatkan rakaman gambar event yang baik, terlebih dahulu, anda mesti berfikir dan melihat event tersebut dari sudut pandangan penganjur acara. Bayangkan diri anda sebagai penganjur yang telah mengeluarkan sejumlah wang dan masa bagi menjayakan event tersebut. Gambar yang bagaimanakah yang ingin anda lihat? Apa yang penting untuk dirakam pada sesuatu event ialah:
  • Perkara material yang berharga seperti gambar dekorasi meja, gambar hiasan pentas, pintu gerbang, goodie bags, backdrop dan sebagainya. Ini kerana, penganjur telah mengeluarkan sejumlah wang untuk perkara-perkara ini dan mereka ingin melihat gambarnya sebagai rekod.
  • Rakam semua gambar tetamu penting, lebih-lebih lagi gambar VIP yang hadir. Bukan mudah untuk dapatkan kehadiran VIP. Kehadiran mereka amat bermakna kepada penganjur.
  • Rakam semua upacara penting seperti ucapan VIP, majlis perasmian, gimmick pembukaan, persembahan dan sebagainya.


Wednesday, December 1, 2010

PROMOSI 2011

 

 

Hubungi segera untuk tempahan awal

ayie: 019 - 281 2397/012 - 500 5868
paan: 013 - 2224617/012 - 4752976